Friday, January 30, 2009

Misteri Nusantara

Fuh, 2/3 malam ni aku asyik mimpi seram jerk (aku rekaje citer neh). tapi ok lagi laa kalau mimpi seram. ada skali tu aku mimpi aku nak sepak bola, skali dah aku tjaga sebab kaki aku memang btol2 tengah flying kick. giler hampeh! dibuatnya ter flying kick masa tidur time khutbah Jumaat, mau sampai ke tua orang ingat muka aku.

Rasanya tahun 2008 sangat letih. seperti dah bagi 200% effort daa tahun lepas. sabtu ahad pun kadang2 dok keja gak. tahun ni rasanya nak kurangkan effort tu jadi 50%. mau tukar mode 'auto' kepada 'kena suruh'. mode rajin jadi mode malas!

Haha. ni ayat-ayat kechewa sbb tak dapat bonus banyak laa ni. hahaha. tapi btollah, watpe bagi effort lebey-lebey kalau orang lain effortnya setakat siku tp bole dapat duit lebey? kan kan? kesian gak tengok ada member yang keje keras tp dapat bonus sama je.hehhee. tu laa kau, sape suh kje bsungguh sangat? tengok, ada orang jaga satu projek pun leh dpt smpai 3,4 bulan. huhu. alaaa..rezeki masing-masing beb! watpe nak bising. kalau taun ni bukan rezeki kau..taun depan pun bukan rezeki kau lagik. hehhee.

Tapi aku rasa sedikit unfair. aku rasa too many things not related inside the KPI form which affected ramai orang. "personal grooming" itu boleh dikira sebagai performance? duh! sbb tu kna kurang kan ksungguhan. tambahkan kemalasan.yay! aku rasa performance bonus kena refer to project yg dibuat, task yang disiapkan. itu baru cool! mrepek btol lah kalau ikut form tu!!

Ahh mampos lah, EDS offer..aku blah! woi cpat laa call! dunia ini semakin merepek! kalau mau cpat kaya...kena pandai bodek!

Bicara Pagi Jemaat

Hari ni hari Jumaat ok! jangan cuba buat-buat ari ni hari Khamis! taktik nak ponteng solat Jumaat ler tu! Jom bersembang benda berfaedah! nak? Sana-sini orang berkecoh pasal jihad. jihad mau membantu orang Palestin yang kena bom dengan Ishitrael. tapi, sejauh mana semangat kita tu? sedangkan pak arab yang dok sebelah sungai Nil pun taknak tolong inikan kita yg dok jauh beribu batu neh. Senang ceritaa, kita tolong sesama kita dulu baru kita tolong orang yg jauh beribu batu. btol tak? bak lirik Butterfingers "Kera di hutan disusukan, anak mama mati kelaparan", "ubah..ubah...ubah..ubah". kita patut tolong sesama kita biar maju...biar senang.....jangan kita asyik atur langkah untuk jatuhkan orang. kena ingat, kita bukan masyarakat UMNO yang menjatuhkan sesama sendiri.oooops! kita cuma orang biasa. kita cuma commoner! knapa kita tak mau tolong bangsa kita sendiri??? tepuk dada,bagi pnampar sbijik!aww!

Berbalik kepada topik, knapa kita cuba untuk men down kan orang lain? naper ekss? musti ada sebab? tapi apaa sebabnya? tapi bagi kita yang hanya seorang commoner, kita kena kuat semangat. kalau kita lemah, orang akan tindas kita. kalau kita mengalah orang akan mentertawakan kita. bila kita kuat, diorang akan stress. mungkin boleh sebabkan sakit jiwa..mungkin boleh jadi mental. huh! takut sehhh! tanak aku nak aniaya orang! kang jadi gila.huhuhu!

"Jangan takut jatuh ke bumi. bingkas bangun melangkah lagi ke depan dan menuju bintang!"

sekian......woi takda pisang kaaaa?

Come As U Are
















Giler Kurt Cobain neh. Kat town tempat die lahir ada peringatan untuk dia. fuh. giler hebat! kalau amuk dapat buat cmani..sure kat singboard tu die tulis "Yeah! Yeah!"

duh!

Slamat malam. saya mau tidur...

Thursday, January 29, 2009

Network Diagram

















Ni lah network diagram yang paling tolol pnah aku jumpa. ada kaa patut kat bawah access switch tuu di connect dengan manusia sedemikian rupa. adus!

Bisnes hartanah

Jangan coba bercakap pasal duit(oopps) lagi. kang kna sound. hehe. mari bercakap pasal bisnes. jom! korang tak terfikir nak jadi orang bisnes? 99% punca rezeki adalah dari berniaga! tapi bukan senang seh nak start bisnes. modal nak kena ada. kalau takda modal, tak payah ceritaaa. aku ada idea bernas untuk korang. dah lama aku duk fikir pasal ni. jangan risau, aku tak ajak korang join MLM (Muti Level Menipu). sumpah! aku nak ajar korang tips-tips nak start bisnes hartanah. camni. kalau ada masa lapang hujung mggu, korang balik laa jumpa parent korang. jangan lupa bawak balik buah tangan untuk parent korang. paling koman pun bawak balik laa DVD player+DVD konsert MAWI. sure parent n adik adik korang suke. sure korang akan disayangi sampai akhir hayat. pastu, lpas makan malam..korang borak-borak laa dengan ayah ke mak korang sambil pekena kopi-o dengan biskut cream cracker.

pastu korang cakap camni kat ayah korang. " Ayah, saya rasa saya nak start bisnes laa". pastu ayah korang jawab " Bagus tuu. ayah memang suka kau berbisnes. baru boleh jadi cam Tokey Papan kat pekan tuu. boleh pakai kete besar. tapi jangan lupa hulur banyak skit kat ayah. hehehe". " ko nak buat bisnes apa sebenarnya?" " Saya nak buut bisnes hartanah, ayah. pulangannya lumayan". "wow!", kata si ayah. "camni ayah, saya ingat..saya nak jualkan tanah ayah yang kat tepi jalan tu sebagai permulaaan bisnes hartanah saya ni.ok kan?"

Kalau korang berjaya tidur tanpa kena pnampar dgn parent korang, fuhhh memang korang ni a good sales people!hehhe. try laaa..kot kot boleh bjaya...hehhehe

Jom bercakap secara serius. aku tengok kat area KL ni...ada byk kedai Steamboat. Cina memang suka benda benda bot ni. tapi tak cukup rare lah kalau nak bukak kdai steamboat. cam orang lain. tak cool lah. apa kata korang bukak bisnes BBQ. korang bukak kawasan...boleh pasang khemah & ada tempat untuk BBQ. ayam, ikan, kambing, kerbau korang sediakan. diorang datang, cuma panggang mende2 tu sendiri. cam steamboat gak kan konsepnya kan? boleh untung cepat ni. kat KL mana ada lagi orang buat bisnes camni. apa tunggu lagi?

Wednesday, January 28, 2009

Asyhura
















Gambar di atas adalah bubur asyhura. kalau nak jumpa bubur neh..sila pergi ke Kelantan. kat KL susah nak jumpa. tapi orang KL jarang nak makan bubur ni. sbb fizikal bubur asyhura versi Kelantan ni agak weird sedikit.hehhe. berbalik kepada Asyhura. dulu masa final year, aku kelam kabut nak buat final project. tak tau nak buat apa. last-last aku dapat idea buat Remote PC. tapi nak kna pakai coding Visual Basic. sepatah haram aku tak blajar pasal VB neh. cmano??? aku pun pegi usha-usha area Seri Serdang kot-kot ada iklan pasal blajar VB. fuh, memang ada. nama kdai tu CWORKS. so aku call & jumpa cikgu VB aku tuh. die ckp, bleh datang tiap2 hari kol 3 ptg. nama cikgu aku tu Ashura dah sama nama dgn bubur tu. tp mamat ni memang cool. die ajar aku sampai aku pandai buat VB. finally project tu bjaya dan aku dapat A. terer btol aku! hehhee...dulu masa slalu mlepak kat Serdang, slalu gak aku tsrempak dgn Ashura ni. tp skang dah lama tak jumpa..aku pun dah jarang ke sana. dah takda kaki dah kat sana. kalau pegi pun lepak sorang2 kat kdai mamak Bismillah (Garing nama glamer dia sbb roti canai die garing).

Ari ni duit sangat banyak smpai aku taknak tengok balance dlm bank. pening gak kpala aku tengok duit banyak neh.huh!

Lagu Sofa Biru

Click to listen & watch to this awesome song!

Lagu Sofa Biru by MEOR

pakcik kayo!

Hari ni dapat duit gaji + duit turun dari langit. fuh kaya skejap!

Sape nak aku banjer makan cpat angkat tangan..aku baik hati ni ari ni...!!!

Tuesday, January 27, 2009

Ayat-ayat Poyo

Smalam jalan-jalan, masuk kedai jam. usha-usha, skali ada jam SEIKO. fuh..mnarik sehh. murah lak tu. taaaapi...mana ada duit...kan blom gaji lagikk. biar je lah. lain kali je lah beli jam tuu. esok dah gaji..gaji + duit 'jeng jeng jeng'. giler ahh..mlm ni mesti semua orang tak lena nak tdo.. mesti semua tak sabar nak check maybank2u. aku bet...mesti korang sampai ofis terus check maybank2u kaaan? sronok kan dapat duit sgedebuk camtu kan kan? aku nak buat apa hah dgn duit tu? ayat-ayat poyo (cam bunyi ayat-ayat cinta..novel indon tuu) sebelum masuk gaji!

Mula-mula aku mau bli fog lamp kete (satu dah ilang kna curik). pastu aku nak servis kete. pastu aku nak tukar tayar blakang. pastu aku nak bli wallet baru. jam??perlu tak? mungkin perlu. takkan nak bli SEIKO kot. leceh lah. nak bli swatch cam budak2 plaks..tapi abg aku umo 36 slamber jer laki bini pakai swatch. bukan salah pun. ker nak bli CASIO Chronograph? pening dol. kang last-last bli jam GUESS. baik tak payah bli. tak susah2 nak fikir. alamak..lupe nak taruk pasal sport rim? kalau taruk sport rim pun, bukan bleh menambah kehenseman pon. kan kan? btol tak? nak kate kete makin laju pun tak. sama je. kalau bli spek itam jenama Ray Ban tu mungkin laa leh tambah macho skit...itu pun skit jer...

2/3 hari ni aku sedikit lalai. bangun lewat. apsal? sbb aku tdo lewat. aku main intenet. memang intenet ni melalaikan. aku potong intenet baru tau! sbenarnya atas hati sendiri. kalau dah niat tanak bangun..mmg takkan bangun pnyer subuh tuu..tapi kalau kat dalam hati mmg niat nak bangun..sure dan pasti akan tjaga. dapat duit ni aku nak bli material exam lah. aku mau study. smentara masih kat sini, baik aku amik semua paper yg tinggal. at least ada bekalan untuk hari esok! ehh, Jason Mraz ada banyak lagu best tak? kalau John Mayer byk gak. rasa cam nak pegi jer konsert Jason Mraz. cam best jer kalau dapat sing a long lagu die. angan-angan kosong laa tuu.

Aku saspek aku cuma dapat 2 bulan je sbb aku nyer KPI cam teruk jer. takper..redha jer. kalau itu bukan hak aku...aku memang tak layak pun untuk terima. kan kan. lagipun, duit bukan boleh bawak ke-happian yg ultra pun untuk aku. ada benda lain yang lagi penting. alaaa duit kan...brape lama je boleh tahan? smggu...2 mggu? tp...aku bsyukur dengan apa yg aku akan dapat..:)..wow..kalau beli jersi ada nama TORRES mesti nampak hero. btol tak? tapi yg best...mggu dpan g training ada duit banyak...bole bli baju Ben Sherman kat sana. aku dah google kat sana. mggu depan cuma band Prodigy je ade buat show. kalau time tu ada Dinosour Jr ker..mesti syok. hehee...lebey-lebey plaks.

Sunday, January 25, 2009

sihat sebelum sakit

Malam tadi, sambil takda apa nak di layan..sempat gak tengok cerekarama. tajuknya 'Bisikan Subuh'. tajuk pun cam best dah. citer die pasal mamat neh (aidid)..kena blasah..pastu kna campak kat satu hutan neh..kire terpencil laa. skali daa ada sorg hamba Allah ni (Shukor) tjumpa aidid dok tgolek tak sedarkan diri. so Shukor dukung bawak balik umah dia. tapi Aidid ni mmg kurang ajor..maklum laa org KL...cakap main lepas jerk..layan thrash metal lak tu. dia pakai baju "Silent Death'.fuh!

Tapi bak kata orang-orang tua, "rimau kalau berhari-hari bkawan dengan biri-biri, lama-lama die tak garang daa". sama laa cam aidid neh. sebab family shukor ni jenis baik-baik. solat berjemaah...cakap lemah lembut..sabar. last-last, si aidid ni tiba-tiba berubah. dia dah mula sedar slama ni dia takda didikan agama dari parent dia. so, after 3 days..die balik semula ke kl. bile sampai rumah, die tanya orang gaji parent die...'parent die ada tanya tak ke mana die pegi slama die tak balik umah?'..but then...org gaji tu geleng kpala...sedih btol prasaan dia.

Then die start solat..and cuba ubah hidup dia. pnah skali die cuba nasihatkan bapak dia..tapi...die plak yg kena sound. 1 mlm neh die mimpi dia mati dan kena seksa dlm kubur..tpekik tlolong mamat neh smpai mak die sedar dari tidur...bila mak dia bukak pintu bilik..dia nampak aidid ni tgh solat....actually aidid ni ada simpan rahsia...dia sakit. but dia ada tulis dlm diary untuk parent die baca. then dia pegi semula ke kampung Shukor...dengan niat untuk blajar solat n baca Quran. one day...lepas solat...aidid menghembuskan nafas dia yg terakhir...but dia untung sbb sempat ubah jalan hidup dia.

Memang btol, kalau dah sampai masa...tak kira atau tua. itu semua kerja Allah. kita as a human, perlu bersedia...dengan bekalan untuk dibawa ke akhirat. ada duit yang banyak pun...bukan boleh di bawa masuk kubur..btol tak? yang di bawa masuk, amalan kita...amal jariah..:)

insaf tak korang neh?kang aku buat usrah kang kang....

Friday, January 23, 2009

khutbah jumaat

Sronok btol dtg keje hari ni. jalan clear jek. mungkin sbb ramai yang dah balik kampung cuti raya cina. best btol. kalau tiap2 mgu ada raya cina....senang aku nak dtg ofis. kete tak banyak,jem pun tarak. suke btol. fuyoh, baru je dpt memo pasal bonus. sronok dol! kayo! kayo!kayo! rasa cam nak blk kg pas g training..mau banjer mak aku makan besor (yg tentunya mak aku mkn sikit..aku laaa yg ngabihkan)..hadiahkan duit kat mak...tp masalah yg lagi besar yg akan timbul slepas bonus cmana?????hanya aku yg tau...adoi...camno nak menjawab...kali ni mmg aku dah tak bole ngelak dah. abih laa kali ni....kanselkan je laaa pasal bonus-bonus ni...isk isk isk..korang dpt bonus syok..aku dapat bonus..dapat syok+pening kpala!

Mlm td aku selsema..pastu aku blasah ubat selsema yg doktor bagi. nurse dah ckp...makan time pagi...tapi aku slamba je redah mkn kol 1130 mlm. pastu aku tabley tdo...langsung tade rasa ngntuk..sampai skang. kalo ikut logik...dah hampir 2 hari aku tak tido neh...bole kong kpala aku camneh...aku konfius gak..apsal aku langsung tak rasa ngntuk. konfuse gak..btol ke doktor tu bagi aku ubat selsema?ntah-ntah die bagi pil kuda ke ape? huishhhh...bahaya btol

Tak sempat lagi pegi masjid...aku dah khutbah jumaat dlm skype. hehhee. pedihhhh mendengarnya. tapi apa yg dikhutbahkan tu mmg btol. tiada apa yg tak btol. mmg aku patut amik sbagai teladan. tapi konfuse gak aku, pandai gak minah ni berkhutbah ye? pendapat2 yg bernas lak tu die bagi. thanks dear! hehe. tapi patutnya...sbelum khutbah..bawak laa pisang ke ape ke..cam kat masjid tu. nak masuk masjid ada pisang free...makan duluuu. pastu time tok imam baca khutbah....aku krohhh krohh kroh. kalau ada cendol lagi bagus!

biler aku nak ngntuk nehhhh?tolooooooong....

**currently listen to Lagu Sofa Biru

Thursday, January 22, 2009

How's life?

Hari ini terasa seperti hari semalam. mungkin sbb aku tak mandi. mungkin sbb aku tak tdo. mungkin jugek sbb aku miss soru!

"Lihatlah di sofa biru,pusing musim yang membuku,aku belum mati..aku masih di sofa ini masih"

Serangkap puitis dari Meor, yang memang agak abstrak untuk makhluk-makhluk yang berfikiran serabut. yup...emosi dalam kehidupan! patut ker aku main bola petang neh?patut ke?kalau tak main, kang boleh mengigau. uishhh....kalau balik rumah...baring jap...mungkin sekejap aku tuuu membawa sampai ke malam. tapi, sangat jarang aku dapat tdo siang hari...memang jarang sangat... ada je benda aku nak buat...kalau aku tidur pun...sbb aku ter tido...

Kalau jadik pegi training, aku mau cari tempat orang main lagu-lagu akustik. fuh...layan seh! tapi cukup masa ke nak mencari semua tu? banyak lagi mende nak dibuat. lpas training,sure letih pnyer...adoi! ini hari sodaa 22 aribulan, bila aku mau start baca buku...prepare untuk amik exam?bila? bape banyak alasan kau? bila mau berubah? oppps...terbebel kat diri sendiri...ceh!

Ayuh balik....balik....balikkkkk....it's good to chit chat face to face wif u last nite...

virus

Kalau komputer kena virus, boleh guna antivirus untuk clean virus tuu. pakai laa Kaspersky ke Avira ker ape ke. tapi kalau diri sendiri kena virus,takkan nak blasah pakai Kaspersky kot? itu tolol namanya. kesudahannya ke klinik jua, suruh doktor check apa yang patut. jangan plak pegi jumpa doktor sakit tuan. itu sudah tidak btol! kalau jumpe doktor...jangan lupa mintak MC...untung-untung bleh tido kat rumah. tapi kalau ada banyak koje nak dibuat,cmana??? takkan nak balik tdo kot? itu selfish namanya!

Terrible giler rasenyer...batuk, flu, sakit kpala. itu tandanya, hidup ini bukan duniawi semata-mata. wah, dah macam ustaz. hehe. kalau 5 hari aku tulis camni..hari ke 6 konpem aku boleh jadi tok siak kat opis ni. hehhee. takper..takper...aku pass kat korang je la untuk jadi tok siak.

Cuti raya cina ni korang balik kampung? aku tak balik...rasa sebak gak...adoi! kalo duk kampung lagi best kan kan...makan free...mmg laa untuk 2 mggu mmg free laaa...kalau masuk 2 bulan..mau sebakul kene leter..hehhee...

dah dah....aku mau makan ubat...dahhh!

Tuesday, January 20, 2009

imaji














































Monday, January 19, 2009

Kucing pun pandai?

Smlm, kluar beli cucur udang. skali nampak sekor anak kucing remaja..baya-baya Stacy melintas jalan cam orang mabuk todi. skali dia bleh plak landing kat tengah2 jalan tu. apehal kucing ni? mula-mula aku saspek die kna langar dgan keta. tibe-tibe ada van lalu...van tu slow...pastu mngelak kucing tu...aikkk tengok je?..pastu bas rapidkl lak lalu...driver die pun tengok jerkk...last-last...datang sorang hero...kacak plak tu..cis...pegi kat tempat kucing tu..angkat die then letak kat bus stop. nampak cam tak kna langgar pon. mungkin tcekik tulang ikan kot. kalau kna lenyek dengan kete..fuh sadis sehhh...sure aku rasa bsalah tak tolong kucing tu...boley dtg mimpi ngeri..nasib baik ada hero g tolong...huh! walaupun die binatang..tapi..die pun layak hidup kat atas muka bumi ni..jangan jadi cam Israel...dahlah rampas tanah orang..pastu pegi bom...giler punya negara...pastu hari ni PM die stakat mintak maaf bodoh camtu jer...apaa..kau ingat nyawa baby Palestine tu takdak harga? bila hamas dah start mlawan..pandai plak nak genjatan senjata bagai... kalau jantan..lawan laaa!

Mlm tadi ada AJL. daripada takda benda nak buat..baik aku layan. giler juri...bagi Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik kat Faizal Tahir. kah kah kah. apakah korang tak korek telinga smggu wahai juri-juri? vokal punya lah tak cukup best leh dapat Vokal Terbaik? yang lagi auta nya mamat tu dapat Persembahan Terbaik. hahhahaa...stakat berdiri pegang guitar Homma pun leh dapat gak? finally Meet Uncle Husin dapat Juara Lagu. padan muka korang. hehe. Aku prasan Audi Mok cam tkejut beruk Faizal tak menang. huhu! yang paling untra mnarik si Ally Iskandar asyik dok nyindir pasal Faizal Tahir..tapi sayang Elyana nyanyi sambil duduk.. tak rock arr laa camtu...tak meriah!

Cmana pesta boikot korang? menjadik tak? dngar citer byk restoran fastfood lengang. kesiaaaaan...

Friday, January 16, 2009

malam ini bulan mengembang

Malam tadikkk, pegi makan kat satu tempat neh. sambil makan,usha-usha sekeliling..kot kot ada hot chick...bole cuci mata:). then ternampak Starbucks. tahniah! coffee house anda kosong! sila hantar telegram kepada PM Israel..cakap kdai korang takde planggan. bagus btol rakyat Malaya neh. terus boikot tuh! then..jalan-jalan skit lagik...tnampak Restoran McD. banyak meja yang kosong, padahal b4 this sangat susah nak tengok meja yang kosong. menjadik gak kempem boikot memboikot neh. tahniah untuk anda semua!

Trasa nak beli (ape benda ntah name dia...lupe lak..eskrim yg ada oreo tu...giler btol semut neh leh buat aku luper)..tapi..biler tringat Israel dok bom kanak-kanak Palestine...hah..pegi mampus lah dgn eskrim. beli eskrim potong kat kdai runcit pun sama gak rasa sejuknya!

Tadi solat Jumaat, ada doa Qunut. aku nyaris nyaris nak tbabas terus sujud. huhu. ramai gak yang tbabas..pastu cover balik..bangun baca doa Qunut. hehhehe. tu ler...g masjid lambat..pastu time khutbah tdo sampai ke sudah....hahhaa...nyaris gak aku nk mengigau tadi....mimpi jatuh longkang dol...huhu...trus kaki bgerak cam klam kabut sket. kalo tertendang orang depan..fuh..memang klass..huhu. ntah apsal ari ni ngntuk giler..smggu dua ni aku tdo b4 twelve. tapi ok lah..at least dpt bangun awal. biasa arr bangun..solat subuh...bukak laptop..main internet...komen& baca blog orang...baca Soccernet..check gmail... smp kol 750am pastu klam kabut mandi nak g keje. kalo tetibe jem kat KESAS rasa panas jekkk...dah laa bangun awal..sampai ofis lambat plak tu...baik bgn lambat je kalo cmtu...dah la smp lambat...tak dpt bekfast lak tuu...

Ras cam ralat sedikit sbb tak dapat bli tiket Butterfingers kat IB. sold out!huh! ada sape-sape terbeli tiket lebih? sila jual kat aku..aku mau beli! alamak, aku ade buat claim tak ikut movement. kalo dibuat movement semuanya...mencanak-canak claim aku. byk yg aku tak claim mileage sbb kununnya takut nampak over. haha. skang padan muka. tkena balik. pasni mmg nak kna buat sumernya laa. keje ari cuti pun tak claim. bengong btol aku neh. ape nak jadik ntah?

hari ini sangat panas...letih..dahaga..hauuuuuusssssss

Thursday, January 15, 2009

dulu, kini dan auta nya!

Kalau dulu Iraq diserang sebab Amareka bullshit kata askar Saddam bunuh bayi-bayi Kuwait masa Iraq takluk Kuwait. tapi, skarang Israel bangsat tu bunuh kanak-kanak Palestine. Nato patut dah serang Israel. tapi semua berdiam diri. kuffar sama kuffar mana leh serang! hampeh btol. OIC? ape bende tu?Oh I See? ceh! baik balik tidur lah semua. buang karan jer berpersatuan. macam mak mak datin berpesatuan sana- sini..tapi habukk pun tareee. Persatuan punya lah besar...tapi tentera Islam nya mana? patut ada tentera Islam OIC. macam kesatuan Eropah ada NATO. kalau ada tentera Islam...kau serang, aku balas!

Sakit ati sial biler tengok kanak2 Palestine kna bom. sedih! OIC yang dah basi...kuburkan saja persatuan itu! sedih..tengok insan-insan kecil tak berdosa kena bom. hancur berkecai...hangus...sial pnyer Israel! kang turun burung Ababil baru korang rasa panas ke tak panas bom tu!

Misteri Mimpi Rokiah

Dah lama aku perasan..bukan aku yg perasan..tapi aku perasan jiran aku yg Cina neh...kol 630am dah kluar..hantar anak2 dia pegi skolah. kol 9 mlm baru blk umah. ksian plak aku tengok dia. tapi yang aku konfiusius mana pegi hubby dia? dulu slalu gak aku nampak hubby dia turun bawah bli paper or teh tarik. tapi rasanya dah lebey sbulan aku tak nampak laki dia. pelik btol. pastu, ah soo ni da pakai kete baru Toyota Rush. dulu diorg pakai Iswara old skool ja. konfius ni. ntah-ntah laki dia dah pass away. serius ksian tengok ah soo ni. kalau balik mlm...muka penat giler. tapi aku rasa dia neh ada buat bisnes kdai runcit neh. sbb anak2 die pun blk kol 9pm gak sama dgn dia. kadang kalo tsrempak dgn dia..sempat gak aku tegur. saja nak bermesra. tp dia ok..kalo tegur mesti jawab pnyer...

Ada satu lagi benda yang mengonfiusiuskan aku. apsal jiran-jiran aku mesti dok skejap jaa kat sini. lpas 2,3 bulan mesti chow. ada yang tak sampai sbulan pun dah chow. misteri seh! yang aku prasan kat floor aku neh cuma ada 4 buah rumah je stay lama. itu pun sbb rumah yg diorg bli. yang jenis mnyewa, mesti cpat chow. yang lagi rare..rumah yg btol2 atas rumah aku. dah brape dozen aku tengok orang yg kluar masuk. mesti tak smpai sbulan. takut dol! ntah ape yg ada kat umah tu. patut laa kadang2 aku ada dngar orang dok mngetuk lantai dari atas...dah lama aku prasan..tapi buat rilek jer. tapi....rumah atas mana ade org duduk dol?pastu sape yg ketuk lantai? alamak! ayat sedapkan hati "mungkin sbelah umah tu kot yg dok ketuk lantai..sbb tu leh dngar smpai bwh".

Wednesday, January 14, 2009

panik!

Dah berguni wireless AP aku configure tapi yg ni satu buat aku pening. ceh! nampak kecik, macam senang tapi buat aku pening. Cisco 2100 WLC memang tricky. cis! sampai aku bwk blk umah test..ini sudah lebey ni. tp tak solve gak problem nya. but at least aku dah ada idea. ok laaa tuu. tapi boring seh kalau buat tapi tak jadik. panas je rase.huh!

Lambat btol nak dpt bonus neh. hehhe. benda paling top budak2 dok sebut skang neh. kalah citer Mawi dgn Ekin kawin. Mawi bukan best pon. btol tak? kalo google dpt buat stat aper yg ada dlm kpala korang.. konpem keyword yang paling atas skali "bonus". biasa arrr..sumer orang suka duit. kalo tak suka duit. itu kurang siuman namanya atau lebey senang...bengong!

A
psal sakit blakang aku neh tak ilang-ilang? da nak masuk 2 mggu neh. huish..bahaya neh..ntah2 ari tu aku tkencing ata kubur org asli?huuuuuuuuuuuuuu...takut seh....huuuuuuuuuuu. bayangkan masa korang tgh tdo....nyenyak...tengah mimpi dapat bonus..skali...ada org kejutkan korang....pastu masa korang bukak mata....ada lembaga tersengeh....rambut panjang...kusut masai....mengilai...huuuuuuuuuuu...takut takut....takuttttttt.......huuuuuuuuuuuuu....bayaaaaaaaangkan....

Monday, January 12, 2009

Stop Israel

Dear Israeli Prime Minister,

Please stop slaughtering and killing Palestinian man, woman and children. i don't know why your zionis regime like to make war with people who do not have weapon. You kill them when they have nothing to protect themselves. You kill small children who do not know how to fight. All over the world start protesting what has your regime doing now but you still stay deaf, dumb and blind.
Now you win but one day you will lose the battle!

thank you

giler mahal

Anak sdara aku bli gitar classical RM580. giler mahal! pastu fret die besor2 lak tu. dahle tangan mamat tu kcik jek. cmana mau pgang chord? tapi cikgu muzik die agak sengal. dah 3 taun die blajar gitar tapi satu lagu pun tak reti main lagi. sikit2 boley laa. cis! smlm mak die tkejut beruk tiba2 dngar anak die main lagu..plucking. terus die lari naik atas nak tgk anak die. "Laaa..pakcik ko rupenye!". hahhaha. aku main lagu ingat2 lupa...lagu syok sendiri yg tak pnah siap. hahhaaha. apsal tak siap? sbb aku tak blajar pun muzik..aku main petik-petik jer..cam petik pucuk paku tuu..yg penting anak sdara aku nampak cam kagum dgn aku. hahahha..sure die ingat aku pandai main gitar...padahal sikit jer. kalo lagu 'Sepohon Kayu' aku reti sbb die main 3 chord jerk...hahhahhaa..

Korang tak pegi tgk live show Butterfingers kat IB ke? seperti nak pegi..tapi tiket tak bli lagik. RM45. bulan ni 23/2/09 Mogwai pun buat show kat IB. bukan snang seh Mogwai nak dtg KL. cam tak dapat pegi..sbb tiket die RM140. hahhaa..kalau Weezer..Rm200 pun aku pegi gak:)..Weezer lain beb...die pnyer soul lain. Weezer ni another side of emo. band2 emo sumer amik teladan dari Weezer. even Get Up Kids pun follow Weezer. Regggie...memang laaa..sbb Reggie ni lebey kurang Get Up Kids jer.

Bulan depan ada training! agak teruja dgn training tu..kalau jadik..fuh syoks!

Don't worry..everything will be okie. you're a strong person!

Sunday, January 11, 2009

rapat umum

Amende neh? tak rare dol kalau rapat umum buat kat stadium. buat laa kat jalan...kat Chow Kit kaaa..baru rare...baru nampak protes bersungguh-sungguh. ini ada kaa patut buat kat stadium..cam nak tgk konsert Inul laa plaks. ceh! nak protes ..tapi cover line..kununnya subversif abiss..hmmmm...brani kerana benar! (tajuk 1st chapter pendidikan islam masa form 1).

FAM ni tolol btol. ada kaa patut die bagi menang percuma untuk KL PLUS. hampeh btol. ini laa susahnya kalau yg jaga persatuan bola tu tak pandai main bola. mrepek mraban je tiap2 season. skali kna protes. padan muka kau! takkan nak main bola kat padang yg banjir cam sawah padi? bengong btol! skolah sampai darjah tiga kaa hape?

B
osan btol malam neh. dah laa Liverpool seri dgn Stoke. rasa cam nak pegi picnic kat Sg Congkak je esok. tapi... konpem aku bgn lambat pnyer..hahhaa..camping atas tilam sudaaa. hahaha. wehh, korang tau tak kat ASTRO ada channel baru? FIESTA. 808 & 809. ada citer X FIles yang lama. best sehhh, tringat dulu tiap2 mggu tunggu XFILES kalo cuti skolah. time skolah mana leh tgk tv dol. aku dok asrama. tengok time weekend bleh laaa. tringat masa Form 1 g join senior tgk citer Siam kat bilik TV. skali kantoi dgn warden daaa. kna bedal kat punggung. pedih dol! dulu best, channel Siam leh sampai. pusing2 antenna..sure da dapat. skang da susah skit. pastu citer die best. tapi cakap siap. cam lahanat! tapi sumer buat2 paham je kalo tengok. sama laa cam orang kampung layan hindustan. diorg bukan paham pun ape yg dicakapkan dlm citer tu..tapi sumer buat2 paham. hahaa..giler besar pngaruh tv dlm hidup manusia! bila CSI yg baru nak start neh??

Friday, January 9, 2009

hangin

Bukan aku hangin kat sapa-sapa, tapi badan aku byk hangin. dah bergelen aku telan teh halia..tapi angin still rasa tsekat kat krongkong. rasa sesak dada. aku ingat kna makan halia baru ok kot neh.huhu. seksa beb kalo cam angin tsekat kat krongkong. bercerita pasal hangin...fuhh.kalau dapat pegi makan angin best ni. ..pegi Penang kaa Langkawi kaa. kalau dapat bonus banyak...mau kna pegi mkn angin...baru syok! biasa laa jadi working class hero neh...kna giler bonus. baru normal! giler..ade member aku kje petronas...dapat bonus RM20k gedebuk camtu jerk.... fuh..kalau aku dpt byk tuuu...konpem aku bli rumah..takpun aku prabis buat bli VW bus.huhu. dasar jantan...nak joli katak jerk...huhu!

Hari ni hari Jumaat...musti main bola. kalau tak main bola..korang pondan!

Cmana nak jadi kaya cpat hah? rompak bank? bahaya seh..kang kna tembak dgn Pak Gad. curik kat supermarket? tak kaya sehhh. susah btol nak jadi kaya. tapi kalau aku jadi kaya..sure aku jadi jahat..bongkak..kerek...huh..baik aku hidup camni jerkkk...huuhuuhuh....tak payah susah nak kna pakai baju batik pegi rasmi majlis tuu..majlis ni...hehhee...tapi jadi wakil rakyat syok gak beb. skali kenyit mata kat secretary..fuhh...terus sangkut beb. tak pcaya..cuba korang tengok secretary kat ofis Krjaaan. secretary die fuhh..gorjez gilerrr....memang leh tumbang kalo tengok...huuuuuuuuuuuuu.....tak boleh tak boleh....kena jadi orang biasa gak....taktik aku nak goyang kaki..tapi tiap2 bulan duit masuk still tak menjadik nehh...tahun 2009 kna aggresif skit nehh...mana tau kot kot bjaya...giler..kalo bjya....giler syok..giler...korang giler!hahhaha

Thursday, January 8, 2009

boikot?

Mau boikot Yahudi? aku nak boikot negara Isr**(aku start boikot tanak sebut nama) jer sbb bukan semua bangsa diorg ni jahat. ada gak yg lurus bendul..skema..sopan..ayu. teringat lecturer aku citer dulu masa dia study kat Amarika. Die ngayat awek Jew sorang neh..skali dapat..siap jadi aweks die. so one day, parent aweks dia suruh bawak datang rumah. memang dia gabra giler...1st time jumpa parent. so parent aweks dia pegi pasar beli lauk...tapi dia beli yang halal...yang 'handal' dia tak beli. so bila nak makan...bapak aweks dia suruh dia bcakap (cam public speaking). tak terkeluar sore die. panikk!. rupanya, setiap kali ada tetamu datang..semua orang kna 'speech'. lpas semua orang 'speech' baru boley makan. camni rupenye stail diorang.

Skang..byk persatuan tu persatuan ni dok sebarkan suruh boikot product Yahudi. cakap saja tak guna beb. snang je nak boikot, amik satu product je. tak payah banyak-banyak. Contoh, korang nak boikot McD...sanggup ker?Burger die sedap sehh...skang plak ada prosperity burger..fuh...tak tahan. yang bagusnya kalau nak boikot..boikot barang keperluan harian...cam shampoo..rokok...minuman. aku amik satu product je: Coca Cola. snang kan? aku cadangkan korang boikot Nestle dengan tidak minum nescafe kat Ubi Kayu. hahhaa...

Malas laah nak fikir pasal boikot memboikot neh. Kita ni inferior...bukan superior. Selagi Pak Arab kat padang pasir tu tak sekepala...sampai bila pun masalah Palestine tak selesai. huh!

Wednesday, January 7, 2009

Yang Terlintas Di Fikiran

Lirik Yang Terlintas Di Fikiran

mengingatimu
menyayangimu
mencintaimu
sampai kau jemu

menghalusimu
menghayatimu
menyanjungimu
sampai kau benci

kau datang,kau menghilang
buat ku gelisah
menghitung waktu
kau datang kau menghilang
kupanggil namamu

menunggui mu
menemanimu
mendekatimu
sampai kau lari

mencumbuimu
walau bayangmu
buat ku bahagia
bahagia

Lagu ni agak cool...syok layan....aku dah tak tahan...memang tak tahan...aku email Meor..tanya ada stok lagi ke tak...terus die reply...ckp ader lagi..kna bli neh...kna beli....

cerita naik bukit versi akustika

Cam naik...bila turun bukit, naik lori sayur baru lah adventure. lompat sana...hantuk sana..hantuk sini...baru adventure. So kitorang turun bawah..jalan memang licin..sempat gak 4/5 kali tolak lori tsangkut dalam selut & lobang. tapi mmg syok tolak lori sayur neh. so,kitorang sampai bawah kat Kg Org Asli (kampung Talib & Saari). kitorang tengok tempat camping. hampeh btol budak2 neh bole layan mancing dolu. khemah tak pasang lagikkkk. takpaaa...so..after 1 hour...rasanya..kitorang start pasang canvas buat atap utk tempat lepak2+letak barang. then hidupkan api pakai kayu api..masak nasik+air+ikan masak asam pedas....sedap tuuu....hirup air kopi O...fuh!

Skali daaa si Talib neh leh citer pasal hantu kat kawasan tempat camping tuh... siol btol...aku dah laa kurang brani...hahhaha..cuak sehhh...die ckp pnah nmpak hantu kat jambatan gantung...3 meter dari tempat kitorang camping..giler...dah pandai citer hantu..die blk tdo umah..tak aci btol. so malam nya still hujan...tak byk benda leh buat...cuba nak tidur...tp..agak2 'kesit' (takut)..so aku kluar balik lepak2..borak2...gelak...mmg syok...sambil hirup air kopi dan mnyedut Nusantara bramai-ramai. agak2 dah kol 1230..kitorang masuk tdo...kali ni takda bedtime story..sumer dah penat...

Esoknya,sedar2..dah cerah..dah kol 730 am, ahhh bangun je lah. bangun je terus minum air kopi+makan megi goreng. sedap! lagi sedap dari megi goreng kat kdai mamak...so about 11 kitorang gerak ke pekan lasah.. skali lagi naik lori sayur..fuh..kali ni mmg huru hara... driver bwk laju giler cam nak gi racing kat Batu 3. mlambung2 kitorang dlm lori..tapi syok..adventure...sehh..hehheee...sampai pkan Kola Kangsar...bli ayam utk BBQ. then kitorang ke Hutan rekreasi Ulu Kenas. kali ni dah tak adventure sbb dah ada coverage Celcom...(apsal tepon aku tak dpt line hah?)...so..sampai sini..hujan lagik....mmg tak benti...arus mmg kuat...so..untuk kali ke dua nya aku mandi...target tanak mandi langsung...tp sbb basah kuyup kna hujan..mandi jo lah...

Malamnya,kitorang BBQ...ada gak ayam yg agak kurang masak...aku slamba je makan...lagikan steak kat Chillis mohd salleh buat 'half-cook'..ini ayam half-cook. so mlm nya diorg sambung mancing..tp aku malas dah..aku nak bsembang jaa sambil minum..kopi. about 12 sumer dah tdo...ada yg tdo atas toto..ada yg tdo dlm sleeping bag...ada yg pakai beras 5kilo buat bantal...huhu...skali aku tjaga tgh2 malam..nak bukak mata takut sehhh..takut nampak pontianak kat atas pokok sbb kali ni tdo kat pondok..bukan dlm khemah...lama gakkk aku tutup kpala aku dgn sleeping bag...panas lak tuuu..skali terdengar sore ada geng baru blk mancing..so aku tanya...'dpt ikan tak?'...slamber je...nasib baik orang..kalau hantu?hahhaha...pastu baru aku leh tdoooor....cuak sehhh...lain kali kna bwk pnutup mata kalau masuk hutan....

Esoknya..kitorang gerak pegi pekan Manong...mkn nasi lemak..then gerak balik KL...

++tringin nk bli lori sayur....power tuu!

Tuesday, January 6, 2009

some imaginaries

Aku mau upload gmbar tempat persembunyian nun jauh dlm hutan...tapi tak dapat...apa critaaaaa?

cerita naik bukit

Pagi-pagi buteee 1/1/2009 kol 630 dah kluar rumah menghala ke Utara...Kuala Kangsar. tak tau laa plak kat Kola Kangsar tempatnya mnarikkk. sempat bekfast kat 'lembah'. best dol nasik lemak situ...murah. then, tunggu ahli majlis...cari cengkerik...hancorrr...sumer kdai habis. cmana mau fishing. nak tak nak..mmg kna pkai buah klapa sawit.duh! then, start journey from pekan Lasah ke atas naik lori sayur. agak kurang mnyakinkan lpas lori sayur ni...redah lubang...nasib baik sempat pegang besi tepi lori tu..kalau tak..gedebuk ke bawah.hehhe. then, kitorang sewa hilux utk naik atas. ada bau-bau getah skrap...khayal skejap. hahhaha. jalan ke atas mmg rare. jalan balak. lubang sana sini. tapi naik hilux tak syok sangat. siot je hilux tu hantar smp kg org asli jerk..last-last sumer kna naik lori sayur. hehhe. lori ni memang power...siap jalan depan..jadi leader...tapi biler jumpe jalan lubang tak hingat..lumpur..licin...kitorang kna tolak ramai-ramai. tapi mmg syok. rasa cam masuk Camel Trophy jerk. then sampai atas about 6pm. suddenly hujan selebat-lebatnya. then pakat-pakat buat khemah utk memasak. dlm kol 8,dapat laa dinner dgn sardin+ikan keli+sayur+sambal blacan.

Lpas dinner, kitorang pakat-pakat pasang khemah utk tdo. actually ada 2 group ikut. satu group kitorang ..satu lagi group nak g tembak binatang. siot btol group satu lagi...tak sediakan khemah utk org asli yg jd guider. last-last kitorang bagi satu khemah utk diorg. hujan sehhh...mana mau tidorrr? kesian kat diorang. mlm tuu..tdo dgn nyenyaknya...hahha..sambil dengar air..

Esok paginya..pagi-pagi lagi bangun..ceh salah timing. ingatkan ada org bgn solat subuh.tapi bangun kencing.ceh! tapi kol 630am, da ramai bangun..syukur tak miss solat subuh..tapi sempat gak tegolek kat tebing sungai..licin. bekfast dgn nasi+ikan kering+ikan pkasam+kicap. sedap btol ikan pkasam. nasik mesti mau tambah. then, group kitorang bpecah. so..start laa kitorang memancing...cantik sungainya...tapi arus kuat sangat. cuak gak time mencari geng dlm semak tei sungai tu...nasib baik jumpa. mancing tak dapat, last-last aku naik ke tempat bkemah...turun ikut lain...kluar ikut lain...kuar-kuar..terus tgolek..masuk parit. tengaharinya makan megi..sudu tak bwk...tp..ptong dahan pokok buat chopstick... then...pegi mandi...ada air terjun kecik...cantik....air die sejukkk giler...

Lpas mandi...org asli ckp..kna turun bawah sbb ada tanah runtuh...mmg runtuh..kalau tak turun..leh terperangkap sehhh...esoklah sambung..ngntuk dahhh!

Monday, January 5, 2009

lesson to learn

Bukan hari-hari masuk hutan.. sekali skala dapat masuk memang syoks! boleh lupakan segala masalah-masalah duit..hidup..dan lain-lain. cuma perlu fikir, nak makan apa mlm ni?malam ni boley tdo ke tak?Ni bukan 1st time aku masuk hutan..tapi still ignorance. huh! lesson to learn:

  1. beli cengkerik dari kl (takut kalau2 cengkerik habis kat town area nak fishing)
  2. bli coklat atau gula-gula utk anak-anak org asli
  3. bwk extra fuel candle (takut2 tak cukup)
  4. bwk baju hujan
  5. jgn lupa pakaikan rain cover kat backpack.
  6. bwk extra bateri utk camera
  7. bwk pisau rambo (utk safety n potong kayu)
  8. bwk kad (boring-boring leh main pakau)
  9. jgn lupa snap foto utk kenangan
  10. kalau org citer pasal hantu..jgn dengar..huhu
  11. bwk ubat (panadol or pil chi kit teck aun)
next trip...pasti tidak lupa lagi :)

tahun baru jiwa layu part dua

ya,blajar ttg pentingnya solat 5 waktu. Rasa macam rugi sgt tlepas 1 waktu,bukan ter tp sengaja.cis! Harus dijaga sebaik-baiknya start 2009.jom!tp dah termiss 2,3 waktu.duh!!pagi td tak larat nk bgn..hehe.pnat sgt.alasan je tu.kalau hendak seribu daya. Kan kan?bila solat,sure akan rasa tenang.btol tak?isap nusantara merah pun rasa tenang..tp tak setenang slepas solat..hehehe..poyo lak pagi neh!

tahun baru jiwa layu

smlm dah kluar dari tempat persembunyian.hehe.nun jauh dkat dgn gunung besar,ikut pekan lasah. Bila duk dlm hutan,macam kluar dari kehidupan normal..seperti kluar dari segala masalah..seperti baru masuk tingkatan 1..semuanya indah..sungai indah..gunung indah..air torjun indah..fuh..mmg syok masuk hutan..tapi aku tak bole dok lama dlm hutan.aku takut hantu.huhu.bila kluar jer dari hutan,jumpa yg putih mulus..terus kpala jadi bingung. Tapi 3,4 hari duk dlm hutan ada satu benda aku blajar

Thursday, January 1, 2009

Welcome 2009

Selamat Datang! tahun baru bersama asy & konsol menghirup teh tarik kat kdai mamak! cina kdai todi sebelah ni kalau tak balik lagi time ni..sah..memang sah diorang dah mabuk todi...ceh! semoga tahun ni aku akan jadi lebih baik dan super baik!amin! syukur atas nikmat yang aku dapat tahun 2008...

Giler aku tak tdo lagikk...kol 5 dah nak gerak pegi Perak...alamak aiiii..kna tdo nehhh...kna..wajib! selamat malam....wahai sahabat!